RSS

Category Archives: Ibu Mengandung

Haid tidak teratur selepas keguguran

SAYA berusia 26 tahun dan berkahwin hampir setahun lalu. Saya pernah keguguran pada usia kandungan tujuh minggu.

Selepas keguguran, saya belum dikurniakan anak lagi. Masalahnya, selepas keguguran terbabit, haid saya tidak teratur, kadang-kadang banyak dan berketul-ketul sehingga melebihi 15 hari. Saya ada merujuk kepada doktor di klinik swasta. Dia memberitahu peranakan saya kembang dan selepas makan ubat kecut peranakan, darah terbabit berhenti. Darah ini akan datang kembali selepas dua atau tiga bulan seterusnya padahal saya tidak mengambil makanan yang masam. Saya khuatir rahim saya jatuh dan ini yang menyebabkan pendarahan tidak berhenti. Apa yang perlu saya lakukan?

ZIE
Johor

ANDA tidak menyatakan bila keguguran itu berlaku iaitu panjangnya tempoh masalah haid ini berlaku. Sekiranya keguguran ini baru sahaja berlaku, pendarahan yang berpanjangan mungkin disebabkan oleh masalah jangkitan rahim (endometritis) ataupun sisa kandungan yang masih terlekat di dalam rahim yang juga boleh menyebabkan gangguan pembekuan darah. Sekiranya keguguran ini sudah lama berlaku, tiada sebab untuk peranakan atau rahim anda ‘kembang’. Saya juga kurang faham apa yang dimaksudkan dengan rahim kembang dan ubat kecut peranakan kerana rahim hanya mengembang sewaktu kehamilan sahaja dan selepas kelahiran, saiz rahim yang berada pada paras pusat itu dijangka kembali mengecut kepada saiz asal dalam masa tidak sampai sebulan. Dalam keadaan anda yang hanya hamil selama tujuh minggu sahaja, tempoh rahim kembali kepada saiz asal dijangka lebih singkat. Eloklah anda mendapatkan pemeriksaan pakar sakit puan pula. Pendarahan berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi lain terhadap kesihatan tubuh amnya jika dibiarkan lama.

Istilah rahim jatuh selepas keguguran tujuh minggu usia kehamilan juga belum pernah kedengaran. Bagi wanita yang belum pernah melahirkan, sangat jarang untuk rahim jatuh, lebih-lebih lagi wanita seusia anda.

Sumber: Harian Malaysia

 

Tags: , , ,

Tumpah Darah / Placenta Previa

MENGALAMI pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.

Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.

Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.

Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.

Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.

Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia).

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.

“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.

“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.

“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.

Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.

Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.

Punca, jenis dan faktor risiko

Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.

Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.

Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.

Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.

Komplikasi

Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:

Pendarahan yang banyak.

Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).

Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.

Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.

Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Adakah ia membahayakan bayi anda?

Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.

Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).

Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.

Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.

Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.

Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.

“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.

“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.

Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.

Namun Dr Fatima menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.

Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.

Kumpulan berisiko

Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.

Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.

Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.

Mempunyai luka pada rahim.

Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.

Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.

Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.

Mengandung anak kembar.

Merokok atau mengambil dadah.

Dipetik dari Harian Metro Online:
(Artikel: Nyawa ibu, anak terancam)

Nota: Jari Timore Kajang menyediakan urutan oleh bidan tukang urut sekitar Kajang, Cheras, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Semenyih dan Serdang. Hubungi / sms 0193060619 untuk pertanyaan pakej rawatan ke rumah puan-puan

20111115-165025.jpg

20111115-165526.jpg

20111115-165726.jpg

 

Tags: , ,

Is it safe to have reflexology during pregnancy?

Q. I was told that reflexology can treat vomiting during pregnancy. Is this true, and is it safe to have reflexology in pregnancy?

Reflexology is not recommended during pregnancy.

The basic theory behind the practice of reflexology is that there are specific points on the hands and feet that are “linked” to other areas in the body. Pressure to these various points can stimulate beneficial effects on the corresponding organs, glands or parts of the body.

In traditional Chinese medicine, reflexology is an ancient technique that is considered effective for preserving good health. Its main benefits are said to be relieving fatigue, aiding relaxation and preventing some diseases. However, the effectiveness of reflexology has not been conclusively proven, and there is certainly no statistical data to show that reflexology can treat vomiting and nausea during pregnancy.

Some traditional physicians may even subscribe to the belief that reflexology can cause miscarriage, although again, there is no statistical data to prove or disprove this theory. However, it is this age-old belief, combined with the lack of sound research into the safety of reflexology during pregnancy, that will prompt a responsible traditional Chinese physician to advise against it as a means to treat pregnancy discomforts.

Furthermore, traditional Chinese medicine considers the physical condition of a pregnant woman as much more complicated than that of a woman who is not pregnant. Preventing and avoiding injuries to maintain the safety of mother and baby are the main priorities of antenatal care. That’s why traditional physicians will tell you that as long as there are uncertainty and risk, you should be cautious.

Even in China, reflexology is mostly carried out in beauty salons and personal clinics. Most hospitals in general do not provide reflexology or any kind of foot therapy treatment.

Nevertheless, gentle rubbing of the body and feet is still good for you. There’s no harm in that.
(Translated from BabyCenter China)

Nota: Jari Timore Kajang menyediakan khidmat bidan dan tukang urut wanita bagi kaum hawa samada anak dara, wanita bekerja,ibu mengandung dan wanita bersalin di sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Semenyih, Cheras dan Serdang. Hubungi 0193060619 untuk temujanji bidan ke rumah anda.

20111029-213207.jpg

 

Tags:

Kaki Kejang / Cramp Semasa Hamil

Kaki kejang merupakan kondisi yang sering terjadi pada wanita hamil. Keluhan ini tentu sangat tidak enak didengar dan amat mengganggu bagi wanita hamil. Penyebab pasti mengapa wanita hamil lebih sering mengalami kaki kejang sebenarnya masih belum jelas, namun diperkirakan penyebabnya ditambah oleh kondisi ibu hamil yang kelelahan membawa dan menahan beban yang cukup berat. Mungkin karena bayi yang dikandung semakin lama semakin besar dan berat, dan mungkinjuga akibat penambahan ekstra berat badan ibu hamil yang kian meningkat seiring bertambahnya usia kehamilan.

Kaki yang menopang tubuh pastinya akan mengalami kelelahan menahan beban yang cukup berat dan besar. Semakin bertambahnya usia kehamilan, maka risiko kaki kejang pada wanita hamil akan semakin meningkat. Terlebih bila sang Ibu termasuk wanita hamil yang masih cukup sibuk bergerak kesana kemari.

Umumnya, kaki kejang mulai muncul pada saat usia kehamilan memasuki trimester kedua. Kondisi kaki kejang tersebut muncul sepanjang hari, biasanya wanita hamil akan semakin merasakannya terutama saat tidur. Apabila ibu hamil mengalami kaki kejang, hal yang bisa anda lakukan untuk meredakan keluhan kehamilan tersebut adalah dengan pijatan lembut pada otot kaki. Mengurut kaki dengan air dingin (bisa juga dengan air batu) dapat meredakan ketegangan pada otot kaki. Bila keluhan masih belum reda juga, merendam kaki dalam air hangat juga mampu menghilangkan keluhan kaki kejang saat hamil.

Bila keluhan dan rasa sakit sudah mereda, Anda dapat meluruskan kaki sambil diberi sedikit pijatan lembut pada kaki anda.
Hati-hati jika ingin memakai balsem urut untuk memijat kaki, pastikan anda menggunakan jenis balsam yang diperbolehkan untuk ibu hamil. Anda dapat membaca petunjuk pada setiap label kemasan balsam. Bila ragu, sebaiknya tak perlu menggunakan balsam atau krim urut. Zat-zat kimia yang mungkin saja berbahaya cukup berisiko bagi wanita hamil.

Walaupun kaki kejang banyak terjadi pada wanita hamil, namun sebenarnya keluhan ini dapat dicegah. Ya, pencegahan merupakan cara yang terbaik untuk melawan kaki kejang yang cukup mengganggu bagi kesihatan ibu hamil.

Berikut beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mencegah keluhan kaki kejang pada wanita hamil:

Regangkan otot kaki dan betis selama beberapa saat tiap hari, khususnya ketika sebelum tidur.
Hindari berdiri atau duduk terlalu lama dengan kaki menyilang.
Putar pergelangan kaki dan goyang jari-jari kaki anda ketika anda sedang duduk agar peredaran darah menjadi lancar.
Penting sekali bagi wanita hamil untuk melakukan senaman ringan (yang tidak berbahaya bagi wanita hamil), seperti berjalan, berenang, guna melancarkan aliran darah dan melenturkan otot-otot tubuh yang tegang. Hentikan melakukan senaman bila ada petunjuk yang melarang anda melakukannya.
Minumlah air putih yang cukup banyak sepanjang hari. Air putih penting bagi sendi-sendi otot tubuh layaknya pelumas bagi sendi otot.
Usahakan untuk tidak terlalu lelah dalam beraktivitas, istirahatlah bila memang tubuh Anda memerlukannya. Beristirahat dapat mengendurkan otot-otot yang tegang.
Anda dapat beristirahat sambil meluruskan kaki Anda dengan posisi kaki sedikit dinaikkan (dimiringkan ke atas). Hal ini bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dari dan ke kaki anda. Anda bisa berbaring di tempat tidur dan meletakkan kaki di atas bantal atau di dinding. Namun perhatikan, jangan sampai terlalu lama melakukannya atau posisi tersebut menekan perut dan membahayakan kandungan
anda.

Cubalah berendam dalam air hangat sebelum tidur. Aktiviti ini dapat mengendurkan otot-otot tubuh dan membantu mengurangi kejang otot.
Doktor atau petugas kesihatan yang mengawasi kehamilan anda menyarankan anda mengambil suplemen magnesium. Magnesium telah terbukti dapat menurunkan kekejangan otot kaki.
Juga disarankan untuk mengambil kalsium yang cukup untuk memperkuat tulang dan otot tubuh. Wanita hamil memerlukan sekitar 1000 mg kalsium setiap hari. Vitamin kalsium yang cukup selain dapat memperkuat tulang dan otot tubuh juga sangat diperlukan untuk pembentukan dan perkembangan tulang bayi.
Beberapa sumber kalsium yang baik untuk diambil misalnya susu, produk hasil susu, tahu, salmon, sayuran hijau seperti brokoli dan sawi bok coy.

Jika kekejangan pada kaki anda semakin lama semakin parah, semakin sering terjadi dan sangat mengganggu anda, bincangkan hal tersebut dengan doktor anda mengenai hal ini untuk mendapatkan cara mengatasi yang tepat. Bengkak atau kejang terlalu berlebihan pada kaki bisa jadi merupakan tanda anda mengalami kondisi pembekuan urat yang bererti anda mengalami pembekuan darah pada urat tubuh. Kondisi pembekuan seperti ini merupakan gejala serius yang harus segera ditangani dan mendapat nasihat doktor.

Sumber: informasitips.com

Jari Timore Kajang menyediakan urutan oleh bidan tukang urut sekitar Kajang, Cheras, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Semenyih dan Serdang. Hubungi 0193060619

20111029-145857.jpg

 

Tags: ,

Adat Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin

Adat Kelahiran
KELAHIRAN anak bagi pasangan suami isteri merupakan suatu pengurniaan Tuhan kepada hamba-Nya. Anak merupakan peyambung zuriat atau keturunan supaya perkembangan ummah dapat diteruskan dan alam ini tidak menjadi lengang tanpa manusia. Oleh itu anak harus dididik dengan sempurna agar dia menjadi manusia yang berguna bagi keluarga, bangsa, agama dan negara. Membesarkan dan mendidik anak merupakan tanggungjawab bersama pasangan suami isteri dalam kehidupan ini supaya anak menjadi warga masyarakat yang sihat dan berjaya pada masa akan datang. Tugas ini maha penting bagi ibu bapa agar anak menuju alam dewasa dengan sempurna. Ibu bapa yang dapat mendidik anak dengan sempurna dianggap ibu bapa yang berjaya.

Bagi masyarakat Melayu apabila seseorang wanita mengandung, berbagai-bagai adat diamalkan. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dan
kesejahteraan anak dalam kandungan juga ibu yang mengandung. Adat yang diamalkan berbeza-beza mengikut resam negeri atau masyarakat masing-masing.

ADAT MELENGGANG PERUT
Adat mi masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada adat khususnya di kawasan pedalaman. Adat melenggang perut dilakukan bagi bakal ibu yang mengandung anak pertama atau anak sulung ketika kandungan itu berusia tujuh bulan. Adat mi bertujuan memelihara anak dalam kandungan dan dipercayai sempurna sifatnya apabila lahir kelak.

Jika amalan melenggang perut tidak dilakukan dipercayai akan memudaratkan ibu yang mengandung. Kemungkinan ibu akan mengalami kesulitan semasa bersalin.

Dari sudut lain pula, amalan melenggang perut adalah sebagai langkah menempah bidan bagi ibu mengandung yang hendak melahirkan anak di rumah.
Dengan cara ini, seseorang bidan yang telah ditempah bertanggungjawab terhadap keselamatan ibu mengandung semasa bersalin nanti. Untuk menjalankan upacara ini beberapa bahan perlu disediakan. Di antara bahan-bahan tersebut ialah anak kelapa yang baru tumbuh, anak tebu yang baru tumbuh, anak pisang yang baru tumbuh, air sebuyung, mayang pinang, kain batik, tepung tawar, bertih, limau nipis, kelapa muda dan kelapa tua, bunga tujuh jenis seperti bunga melur, kenanga, bunga cina dan lain-lain, sirih sepiak, pucuk kelapa muda dan benang mentah.

Penentuan Masa
Adat melenggang perut sebaik-baiknya hendaklah dilakukan pada waktu pagi, iaitu pada hari Jumaat. Waktu yang baik untuk melaksankan upacara ini ialah antara jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari, sebelum masuk waktu zuhur.

Menempah Bidan dan Melenggang Perut
Tempahan bidan hendaklah diberitahu terlebih dahulu bagi memberi kesempatan kepada bidan membuat persediaan yang diperlukan untuk upacara
melenggang perut itu.

Setelah ditentukan harinya, langkah pertama yang dilakukan ialah menggolek buah kelapa di atas perut ibu mengandung. Kelapa itu mestilah dibuang
sabutnya dan dikupas licin. Kelapa itu akan digolekkan pada perut ibu mengandung, bermula dari kanan ke kiri. Perlakuan ini dilakukan oleh bidan dan
hanya disaksikan oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja.

Mandi Bunga
Sesudah upacara menggolek kelapa di atas perut ibu mengandung, upacara memandikan ibu mengandung itu pula dijalankan. Proses ini dikenali sebagai mandi bunga kerana air mandian itu dibubuh tujuh jenis bunga yang dimasukkan ke dalam buyung. Air di dalam buyung itu dititiskan air limau nipis dan dibubuh juga sedikit bertih. Mandi bunga dikatakan baik dari segi fizikal dan menguatkan semangat ibu mengandung.

Tepuk Mayang
Setelah selesai mandi bunga, ibu mengandung akan diberi persalinan. Apabila selesai menukar pakaian, ibu mengandung disuruh berlunjur lurus (kaki
dirapatkan) dan bidan akan melaksanakan upacara menghalau dan menjauhkan kuasa ghaib. Mayang pinang muda yang masih di dalam kelopak dijampi. Bidan berdiri tegak di belakang kepaha ibu mengandung sambil menjampi mayang. Kemudian, mayang akan dipukul di atas tangan kiri bidan tersebut sehingga pecah kelopaknya. Upacara ini dilaksanakan kerana dipercayai si ibu akan bersalin sebagaimana mudahnya mayang pecah.

Membelah Kelapa
Sebaik sahaja upacara tepuk mayang selesai, kelapa muda akan dibelah. Air serta isi kelapa tersebut diberi minum kepada ibu mengandung. Kelapa yang tua pula dibuat minyak. Minyak kelapa ini digunakan untuk menguat bakal ibu tersebut. Tujuan membelah kelapa ini hampir sama dengan upacara tepuk mayang tadi.

Upacara Pelepas
Perkataan ‘pelepas’ bermaksud adat menghalau atau menjauhkan penunggu dan memuhihkan semangat bakal ibu tersebut. Di antara peralatan yang
diperlukan ialah benang, daun kelapa, sirih sepiak dan kemenyan.

Bidan akan membuat lingkaran simpul lepas daripada daun kelapa. Kemenyan pula akan dibakar, manakala sirih dan benang akan diletakkan di dalam
piring. Bidan akan menjampi dan simpulan daun kelapa tadi dileraikan. Apabila simpulan tersebut dililitkan pada tengkuk (bukan lilit mati) ia akan
ditarik pada puncanya.

Jamuan Kesejahteraan
Apabila upacara pelepas selesai, tuan rumah akan mengadakan sedikit jamuan  kepada para tetamu yang hadir dalam upacara tersebut. Kelazimannya jamuan yang diadakan ialah pulut kuning atau jamuan nasi. Apabila selesai jamuan tersebut, maka berakhirlah upacara melenggang perut.

Wassalam

Sumber : Shamsul Kamal bin Main

 

Tags:

Urut Bayi Dalam Kandungan Songsang

Urut Boleh Jejaskan Janin

by http://www.bharian.com.my

SAYA berusia 32 tahun dan kini mempunyai seorang cahaya mata berusia dua setengah tahun. Baru-baru ini saya mendapatkan perkhidmatan urut daripada seorang wanita. Masalahnya, ketika wanita itu mengurut saya, saya tidak tahu yang saya hamil dua bulan.

Apakah ia berbahaya untuk janin di dalam rahim saya? Buat pengetahuan doktor, tukang urut itu turut mengurut peranakan saya dan ini yang merisaukan fikiran saya sekarang.

Harap mendapat penjelasan doktor.

Ibu muda – Selangor.

JAWAPAN

SAIZ rahim yang normal dan tidak hamil adalah berbentuk macam buah pear berukuran sembilan sentimeter panjang dan enam sentimeter lebar. Rahim terletak dalam kerangka pelvis dan tidak dapat dirasai apabila bahagian luaran perut diperiksa.

Rahim disokong oleh ligamen untuk menetapkannya di dalam kerangka pelvis. Apabila sokongan ini kendur seperti selepas menopaus, kadangkala kedudukan rahim menurun ke bawah iaitu rahim terletak di dalam faraj dan ada kemungkinan terkeluar daripada faraj .

Keadaan ini dikenali sebagai prolaps iaitu pemindahan sesuatu organ atau sebahagiannya daripada kedudukan yang normal ke arah bawah.

Rahim hanya dapat dirasai melalui pemeriksaan atas perut apabila ia membesar (seperti hamil atau ada ketumbuhan seperti fibroid) melebihi saiz tiga bulan mengandung.

Keadaan ini berlaku kerana rahim sebesar tiga bulan mengandung akan membesar keluar daripada kerangka pelvis dan bersandar di belakang bahagian tulang simpasis pubis.

Jika dilakukan dengan kuat, mengurut perut boleh membahayakan organ yang ada di dalam perut seperti usus.

Usus boleh luka (lebam) akibat tekanan yang kuat ketika mengurut. Begitu juga bagi ibu yang hamil, mengurut perut, terutamanya jika dilakukan dengan kuat boleh menjejaskan kesihatan janin.

Mengurut boleh menyebabkan “abruptio placentae” – satu keadaan apabila uri terpisah daripada dinding rahim sebelum kelahiran bayi.

Keadaan ini boleh menyebabkan penyaluran oksigen dan makanan kepada janin terjejas.

Bagi keadaan puan, kemungkinan janin terjejas adalah kecil kerana saiz rahim belum begitu besar (dua bulan hamil) untuk dirasai ketika mengurut. Rahim pada usia sebegitu masih lagi berada di dalam kerangka pelvis.

Mengurut perut ketika hamil selalunya dilakukan oleh sesetengah wanita terutamanya jika kedudukan bayi itu tidak normal seperti bayi songsang atau merasakan bayi rendah ke bawah.

Bagi kedudukan songsang, mengurut perut untuk membetulkan kedudukan bayi tidak diperlukan terutamanya pada awal kandungan iaitu sebelum masuk sembilan bulan (minggu ke-36).

Bayi lazimnya berkedudukan songsang pada awal kehamilan hinggalah berumur 34 minggu.

Selepas itu, kajian menunjukkan hanya tiga hingga empat peratus bayi saja yang masih berkedudukan songsang pada 38-40 minggu.

Kebanyakan bayi songsang akan berpusing menjadi normal dengan sendirinya tanpa perlu pertolongan luar untuk membetulkan kedudukannya.Sumber Dari : Berita Harian Online

NOTA: Pusat Rawatan Jari Timore Kajang menawarkan khidmat urutan tradisional Melayu bagi para ibu bagi tempoh sebelum dan semasa mengandung, dan selepas bersalin. Hubungi 0193060619 untuk khidmat nasihat atau maklumat lanjut. Dibuka setiap hari berhampiran Maybank Kajang.

 

Tags:

Senaman Pranatal

Senaman Pranatal

Senaman pranatal adalah senaman semasa mengandung. Ia disyorkan bersenam semasa tempoh mengandung tetapi kurangkan bilangan senaman bilamana kandungan anda membesar.

Jenis-jenis senaman

Walau pun anda mengandung, anda perlu meneruskan senaman dan jika belum, mulakan sekarang.
Dibawah ini adalah senaman yang sesuai untuk anda:

  • Senaman peredaran darah
  • Senaman regangan
    • Kaki
    • Tangan
  • Senaman penafasan
  • Senaman regangan belakang
  • Senaman leher
  • Senaman abdomen (Perut)
  • Senaman pelvis (senaman mengangkat punggung)
  • Senaman otot – otot pelvis (otot -otot punggung)

Mengekalkan postur yang baik

  1. Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak.
  • Meluruskan tulang belakkang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks bahu anda.
  1. Duduk tegak dengan tulang belakang yang disandarkan.
  • Gunakan bantal kecil untuk mengampu belakkang anda.
  • Duduk diatas kerusi penyandar yang tinggi bagi menyokong belakang anda
  • Kedua dua peha hendaklah diatas kerusi, dan kedua dua kaki anda direhatkan diatas lantai yang rata, jika kamu duduk dalam keadaan yang lama, pusingkan bahu dalam satu arah kemudian berlawanan arah untuk melegakan tegangan.
Berbaring sendalkan bantal dibawah kedua peha anda bagi mendapatkan lebih keselesaan.
Mengiring dengan dua bantal dibawah kepala dan satu bantal dibawah dikepit antara lutut dan peha bagi mengelakkan kejangan sacroiliac joint ( sendi peha ) postur begini sesuai bagi anda diperingkat akhir mengandung.
Mengangkat bebanandengan keadaan yang selamat iaitu membengkokan lutut anda untuk mengangkat, bagi mengekalkan graviti (pusat daya tarikan bumi)

Garis panduan program senaman untuk mempastikan keselamatan dan kesihatan semasa mengandung.
Yang perlu dibuat

  1. Jika anda telah mengikuti program senaman yang tetap sebelum anda mengandung, kekalkan program tersebut kesatu tahap semasa tempoh mengandung.
  2. Senaman tidak akan menyebabkan risiko keguguran.
  3. Jika anda baru memulakan senaman, mulakan dengan perlahan-lahan dan berhati hati agar tidak membebankan diri anda.
  4. Fahami kemampuan diri anda, elakkan unsur persaingan.
  5. Melakukan senaman dengan tetap sekurang kurang nya 3 kali seminggu adalah selamat daripada melakukan aktiviti senaman sekali sekala yang mendadak.
  6. Berhati-hati ‘warm up’ perlu mendahului latihan-latihan bertenaga yang mesti diikuti – ‘Cooling down’ atau penurunan yang beransur-ansur.
  7. Berhati hati untuk memanaskan badan kemudian diikuti dengan senaman yang bertenaga dan diikuti pula dengan menurunkan aktiviti -aktiviti secara perlahan lahan.
  8. Minum banyak air dan kerap berehat
  9. Mengawal berat badan patut ditekankan bagi merperbaiki otot otot bahagian atas badan dan bahagian perut.dan regangan sebelum dan selepas setiap senaman.
  10. Makan makanan berkhasiat termasuk makan banyak buah buahan, sayuran dan karbohidrat kompleks.

Pekara yang dilarang

  1. Elakkan aktiviti yang menyentap, melambung-lambung dan gerakan-gerakan tangkas.
  2. Jangan sekali kali melakukan senaman yang mengakibatkan kepenatan yang melampau atau sesak nafas. Ini menandakan anda dan janin anda tidak mendapat bekalan oksigen yang diperlukan.
  3. Elakkan melakukan senaman dalam cuaca yang sangat panas.
  4. Bilangan denyutan jantung ibu tidak melebihi 140/ seminit dan senaman yang bertenaga tidak melebihi 15minit.
  5. Elakkan tanah yang tidak rata dan berbukit bukit semasa aktiviti berlari atau berbasikal.
  6. Elakkan sukan lasak.
  7. Elakkan mengangkat bebanan di atas kepala dan bebanan yng menyebabkan tegangan otot dibahagian bawah belakang.
  8. Jangan membengkokan sendi-sendi secara berlebihan.
  9. Hentikan senaman dengan segera jika anda mengalami tanda tanda berikut:
    • Sakit dada,
    • Perdarahan dari faraj atau kontraksi atau jika anda mengalami pecah mentuban,
    • Kabur penglihatan, pening, dan pitam,
    • Denyutan jantung tidak tetap,
    • Bertambah bengkak dikaki, tangan dan buku lali
    • Perubahan suhu badan yang mendadak.
  1. Semasa trimester kedua dan ketiga elakkan senaman berbaring rata dilantai yang boleh mengakibatkan kurang bekalan darah ke rahim anda.

Senaman untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung.
Dibawah ini adalah senaman mudah untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung:

  1. Melutut seperti kedudukan merangkak dengan meluruskan bahagian belakang.
    • Bayangkan anda sedang mengimbangi sebuah dulang dibelakang anda.
    • Jungkitkan dulang dengan menguncupkan otot dibahagian abdomen (perut), dan tolakkan sedikit bahagian belakang keatas.
    • Rata semula bahagian belakang, dan ulangi sehingga 6 hingga 8 kali.
    • Kekalkan kedudukan untuk 5 saat.
   

  1. Pusingkan setiap bahu kehadapan 5 kali dan kebelakang 5 kali.
    • Pakai coli yang mempunyai sokongan yang baik.
  2. Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, dengan mengetatkan bahagian perut serta menolakkan kebawah sehingga bahagian belakang anda rapat ke lantai..
 
  1. Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, tarik lutut kanan anda perlahan lahan ke dada, ulangi gerakan yang sama untuk lutut kiri anda.
 
  • Baring mengiring dan cuba bawa lutut anda ke bahu anda.

Pakaian yang sesuai

Pakaian

  • Longgar dan selesa dan tidak mencengkam dibahagian pinggang.
  • Pakaian yang longgar dibahagian depan (potongan baju mengandung).
  • Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa bilamana kandungan membesar.

Memilih pakaian dalam

  • Pakai pakaian dalam yang bersaiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakkang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung.
  • Bagi penyusuan susu ibu pakai pakaian dalam yang boleh dibuka dibahagian depan.
  • Pakai seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung.

Kasut yang sesuai

  • Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
  • Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
  • Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Nota:

 

Pusat Rawatan Jari Timore Kajang menawarkan khidmat rawatan tradisional selepas bersalin oleh bidan Melayu berpengalaman.  Hubungi atau sms 0193060619 hari ini untuk maklumat lanjut atau tempahan.

 
 

Tags: ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.